Monday 11 July 2011

KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS)
SKOP KAJIAN, TEKNIK PENCERITAAN DAN UNSUR GAYA BAHASA

Skop Kajian Teks Sastera

1. Sinopsis: Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah
novel atau cereka.

2. Tema : Persoalan utama yang hendak disampaikan oleh penulis dalam sesebuah
karya.

3. Persoalan: Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya
mereka.

4. Plot : Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita yang terjadi atas SEBAB
dan AKIBAT.
Terdiri daripada peringkat eksposisi/permulaan, perkembangan, perumitan,
klimaks/kemuncak cerita dan peleraian/penyelesaian masalah.

5. Watak : Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau pelakon
cereka yang yang dicipta oleh seseorang pengarang. Watak baik digelar
protagonis dan watak jahat digelar antagonis.

6. Watak Utama : Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita.

7. Watak Sampingan: Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak
Utama.

8. Latar : “ Setting” atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana
sesuatu peristiwa itu berlaku.

9. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa

10. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi zaman, musim
dan masa.

11. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa dalam
cereka berlaku.

Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera

1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca tertanya-tanya mengapa
sesuatu peristiwa itu terjadi.

2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba.

3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/perlahan
kepada orang lain.

4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian seperti
ratapan, doa, dan perasaan watak.

5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya dirinya yang
mendengar dan memahami apa yang diucapkan

6. Prolog : Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti puisi,
(Prakata) nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah seorang pelakon.

7. Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh diucapkan
dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun.

8. Teknik PemerianPemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang suasana latar dan
peristiwa yang dialami oleh watak.

9. Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalkan/membuat andaian
tentang perkara akan datang yang belum berlaku.

10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat kembali
eristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.

11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa

12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika
mengembangan sesuatu plot.

13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri pertama, iaitu ‘aku’
seringkali digunakan.

14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar daripada
watak-watak atau pelaku-pelaku yang dicerita-
kan. Pengarang kerap menggunakan kata ganti
nama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.


15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak.
- nada melankolik ( murung/sedih )
- nada romantis ( percintaan/keindahan)
- nada protes ( tentangan/ sanggahan )
- nada sinis ( mengejek/mempersenda )
- nada patriotic (semangat kebangsaan)





Keindahan Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera

1. Metafora: Perbandingan terus atau secara langsung yang menggabungkan satu
perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.
- Mereka tenggelam dalam lautan fikiran masing-masing.

2. Simile : Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang sama dengan
menggunakan kata bandingan.
- Ayahnya menengking dengan suara yang bagaikan halilintar.


3. Hiperbola: Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu sesuatu keadaan/peristiwa yang
keterlaluan atau melampau. ( menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan)
- Cita-citanya menggunung tinggi.

4. Perlambangan/ Simbolik: Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu
benda, keadaan atau peristiwa.
- Sebab emas budi terbuang
( ‘emas’ melambangkan harta benda atau kekayaan )


5. Pengulangan: Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, barisan atau
rangkap.

6.Anafora: Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak.
- Kawan ketawa ramai selalu,
Kawan menangis seorang diri.

7. Epifora : Pengulangan perkataan ataufrasa di akhir baris pantun/sajak.
Dewa berjalan dihampirinya,
Naga yang besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya.

8Repetisi/repitasi : Pengulangan kata dalam baris/ ayat tertentu.
- Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik.


9. Responsi : Pengulangan kata di tengah baris.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.

10. Sinkof / Sinkope : Singkatan perkataan.
- “ Eiii,! Kenapa mata kau tu?”
( kau – engkau, tu – itu )


11. Hybrid : Penggabungan kata.( daripada dua perkataan menjadi satu perkataan )
“ Takkan awak tak boleh jawab soalan ini?” kata cikgu kepada Ramli.
“ takkan” daripada perkataan “ tidak akan “


12. Inversi: Pembalikan susunan perkataan dalam ayat.
- Terdiam Zulkifli memikirlan jawapan.
( sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan jawapan.)


13. Personifikasi : Memberi sifatsifat kemanusiaan (perorangan/penginsanan) terhadap
objek yang tidak bernyawa.
- matahari tersenyum


14. Jeda: Hentian sejenak pada tengah baris semasa mendeklamasikan sajak.
Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan.


15. Rima Akhir: Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan bunyi pada kata/suku terakhir sesuatu ayat/baris puisi.
Contoh rima akhir ialah ‘abab’,’aaaa’ ‘abcdabcd’ dan sebagainya.


16. Asonansi: Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi. Contoh vokal ialah a,e,i
o, dan u.
- Pandai melompat pandai berlari
( pengulangan vokal ‘a’)

17. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris pantun/sajak.
- Kalau ada silap dan salah
( pengulangan konsonan ‘l’)


18.Paradoks: Unsur-unsur pertentangan yang nyata dengan pendapat umum.
- dalam kesepian di tengah ramai


19. Onomatope: Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda.

No comments:

Post a Comment